Tawaf (ﻃﻮﺍﻑ ) -adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram.
- Suci daripada hadas.
- Suci daripada najis pada badan dan pakaian.
- Menutup aurat.
- Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu.
- Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf.
- Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan.
- Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ).
- Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.
Sunat Tawaf
Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan bertawaf :
- Bertawaf dengan berjlan kaki
- Memendekkan langkah
- Berjalan cepat dengan berlari anak.
- Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan ‘’Allahu Akbar’’.
- Beristilam dengan tangan kanan.
- Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya.
- Beristilam di rukun Yamani.
- Berittibak.
- Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim.
- Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam).
- Mengucup Hajar Aswad atau menyentuhnya dengan tangan.
- Jika tidak mampu, memadai dengan isyarat atau melambai dengan tangan.
- Lebih elok dilakukan setiap pusingan jika mampu.
Ittibak -
Jenis Tawaf
- Meletakkan pertengahan kain selendang/ihram di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas kiri dengan menjadikan bahu kanan terbuka bagi lelaki.
Jenis Tawaf
- Tawaf Qudum (ﻗﺪﻭﻡ ) - tawaf "selamat datang" yang dilakukan ketika baru sampai di Mekah.
- Tawaf Ifadhah (ﺇﻓﺎﺿﻪ) - tawaf yang menjadi rukum haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang dari Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun Umrah.
- Tawaf Sunat (ﺳﻨﺔ) - tawaf yang dilakukan semata-mata mencari ridha Allah pada bila-bila masa.
- Tawaf Tahiyyat (ﺗﺤﻴﺔ) - tawaf sunat yang lazim dilakukan sebaik sahaja memasuki Masjidl Haram.
- Tawaf Nazar (ﻧﺬﺭ) - melakukan tawaf untuk memenuhi nazarnya.
- Tawaf Wada' (ﻭﺩﺍﻉ) - tawaf "selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Maakah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullah
No comments:
Post a Comment